BAB
11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
RINGKASAN
Pengurusan
murid pelbagai upaya adalah membincangkan bagaimana pengurusan yang
khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid
pelbagai upaya di sekolah adalah apabila terdapatnya program-program
pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk memenuhi
keperluan murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal, emosi,
dan sosial. Terdapat beberapa jenis program atau kelas khusus yang di
wujudkan di setiap sekolah bagi mengurus murid pelbagai budaya.
Sebagai contoh, yang dapat kita lihat adalah wujudnya kelas pemulihan
untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia.
Selain
itu, konsep pengurusan murid pelbagai upaya adalah melalui beberapa
program yang telah pihak kementerian wujudkan. Misalnya seperti
konsep pendidikan khas yang mana ia disediakan untuk murid-murid yang
bekeperluan khas. Antara murid yang dikategorikan sebagai pelbagai
upaya adalah mereka yang menghadapi masalah slow
learner dan
pintar
cerdas,
masalah penglihatan, pendengaran, serta masalah komunikasi (bisu).
Dalam konteks pendekatan baharu untuk murid pelbagai upaya guru hanya
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan.
Seterusnya,
bagi menguruskan murid pelbagai upaya ini terdapat beberapa program
yang telah diwujudkan antaranya adalah program pendidikan khas iaitu
di sekolah pendidikan khas (SPK) yang di kendalikan bawah pentadbiran
Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Oleh yang demikian, bagi pengurusan
murid pelbagai upaya SPK telah menyediakan perkhidmatan khas untuk
murid yang menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan di
peringkat prasekolah, pendidikan rendah dan menengah serta pendidikan
pasca menengah. Selain itu, bagi pengurusan murid pelbagai upaya
persekitaran yang sesuai untuk PdP mereka adalah dalam suasana yang
di lengkapi kemudahan dan pihak yang menyampaikan pengajaran adalah
seorang guru yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang baik serta
mampu menyediakan medium pembelajaran yang baik bagi murid-murid
pelbagai upaya.
Kesimpulanya,
pengurusan murid pelbagai upaya adalah memerlukan pengajaran pada
kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard
prestasi yang realistik dan peluang untuk mereka mencapai potensi
diri supaya mereka mampu untuk bersama-sama murid yang normal.
Pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan satu bidang yang
penting di sekolah. Hal ini demikian kerana, pelaksanaannya di
sesebuah sekolah akan mencerminkan realiti prestasi dan kepimpinan
pihak pentadbir dalam menjalankan fungsinya supaya murid pelbagai
upaya turut berjaya dalam akademik seiring murid-murid normal.