Wednesday, May 8, 2019

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

RINGKASAN
Pengurusan murid pelbagai upaya adalah membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya di sekolah adalah apabila terdapatnya program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk memenuhi keperluan murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal, emosi, dan sosial. Terdapat beberapa jenis program atau kelas khusus yang di wujudkan di setiap sekolah bagi mengurus murid pelbagai budaya. Sebagai contoh, yang dapat kita lihat adalah wujudnya kelas pemulihan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia.
Selain itu, konsep pengurusan murid pelbagai upaya adalah melalui beberapa program yang telah pihak kementerian wujudkan. Misalnya seperti konsep pendidikan khas yang mana ia disediakan untuk murid-murid yang bekeperluan khas. Antara murid yang dikategorikan sebagai pelbagai upaya adalah mereka yang menghadapi masalah slow learner dan pintar cerdas, masalah penglihatan, pendengaran, serta masalah komunikasi (bisu). Dalam konteks pendekatan baharu untuk murid pelbagai upaya guru hanya menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan.
Seterusnya, bagi menguruskan murid pelbagai upaya ini terdapat beberapa program yang telah diwujudkan antaranya adalah program pendidikan khas iaitu di sekolah pendidikan khas (SPK) yang di kendalikan bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Oleh yang demikian, bagi pengurusan murid pelbagai upaya SPK telah menyediakan perkhidmatan khas untuk murid yang menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan di peringkat prasekolah, pendidikan rendah dan menengah serta pendidikan pasca menengah. Selain itu, bagi pengurusan murid pelbagai upaya persekitaran yang sesuai untuk PdP mereka adalah dalam suasana yang di lengkapi kemudahan dan pihak yang menyampaikan pengajaran adalah seorang guru yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang baik serta mampu menyediakan medium pembelajaran yang baik bagi murid-murid pelbagai upaya.
Kesimpulanya, pengurusan murid pelbagai upaya adalah memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang untuk mereka mencapai potensi diri supaya mereka mampu untuk bersama-sama murid yang normal. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini demikian kerana, pelaksanaannya di sesebuah sekolah akan mencerminkan realiti prestasi dan kepimpinan pihak pentadbir dalam menjalankan fungsinya supaya murid pelbagai upaya turut berjaya dalam akademik seiring murid-murid normal.

















No comments:

Post a Comment